ATLET Muay Thai negara, Mohd Rifdean Masdor melakar sensasi apabila menumpaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Thailand pada malam Jumaat.
Kemenangan menakjubkan itu diraih dalam masa 1 minit 18 saat pada pusingan pertama dalam aksi ONE Championship di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.
Petinju berusia 21 tahun itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraan di atas kejayaan tersebut kerana ia merupakan pertarungan pertamanya di pentas berprestij berkenaan.
"Syukur Alhamdulillah. Menerusi kemenangan ini mendorong saya untuk terus bekerja keras bagi menyahut lebih banyak cabaran selepas ini," katanya menerusi catatan di Instagram.
Menerusi kemenangan itu, Rifdean yang mewakili pasukan Sor Sommai berjaya memperoleh bonus sebanyak 350,000 bhat (RM45,700).
Dalam pertarungan tersebut, petinju dari Perak itu mempamerkan aksi yang cukup bertenaga apabila menyerang lawannya dengan begitu pantas tanpa henti sejurus pertarungan bermula.
Tindakan tersebut memberi kesukaran kepada Pichai untuk membalas serangan Rifdean sehingga dia terjatuh dan sukar untuk kembali bangun bagi meneruskan persaingan.
Rifdean turut melahirkan penghargaan buat keluarga, jurulatih dan pasukannya yang banyak membantu serta memberi dorongan kepadanya.
"Dari lubuk hati yang dalam saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan jurulatih di atas sokongan mereka. Pencapaian (kejayaan) ini mustahil untuk diraih tanpa mereka," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 23 2024
Rifdean mengungguli ONE Friday Fights 56 setelah menumpaskan petinju Thailand di Bangkok pada malam Jumaat. - Foto Agensi
1,245 peserta tarian berpakaian etnik, Sarawak catat nama dalam MBOR
Sarawak menempah nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) untuk peserta terbanyak berpakaian etnik dalam persembahan tarian berkoreograf dengan penyertaan 1,245 individu di Tebingan Sungai Kuching pada Ahad.
Ewon harap Pesta Kaamatan dijadikan wadah penyatuan
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berharap Pesta Kaamatan juga perlu dijadikan sebagai wadah penyatuan masyakarat berbilang kaum di negara ini.
Pesta Kaamatan platform perkukuh perpaduan dan persefahaman kaum
Pesta Kaamatan peringkat Sandakan menyatukan pelbagai etnik di negeri itu dengan pelbagai program dan pertandingan yang disusun atur berdasarkan tema 'Kaamatan melangkaui Keterjaminan Makanan'.
Ditahan dalam keadaan mengaibkan, pasangan kekasih didenda RM4,500
Seorang juruteknik dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Ahad selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di sebuah hotel, baru-baru ini.
Menara Jendela Kampung Mangga Balung manfaatkan lebih 1,400 penduduk
Penduduk di Kampung Mangga Balung, Tawau dan kawasan sekitarnya amat bersyukur kerana akhirnya mereka dapat menikmati capaian internet dengan baik selepas menara jendela di kawasan mereka siap dan beroperasi sepenuhnya.
Kembalikan UPSR, Sarawak hargai sokongan KPM
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menghargai sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap leputusan Sarawak mengembalikan Ujian Penlaian Sekolah Rendah (UPSR)
Sarawak kaji mekanisme turbin hasilkan tenaga boleh diperbaharui
Sarawak akan mengkaji kaedah penjanaan bersama atau ‘cogeneration’ tenaga boleh diperbaharui melibatkan arang dan biojisim seperti yang dilakukan di negara jiran Thailand.
Sarawak kaji pendekatan kenaikan gaji minimum
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan pendekatan gaji inimum di Sarawak adalah berdasarkan produktiviti serta kemahiran yang diperlukan untuk ekonomi masa hadapan.
Jabatan Peguam Besar Negeri komited pertahan hak perlembagaan Sabah
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof menegaskan Jabatan Peguam Besar Negeri telah memainkan peranan penting dalam rundingan ini, memastikan tuntutan undang-undang dan perlembagaan Sabah diwakili dengan berkesan.
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
Atlet Muay Thai remaja negara rangkul dua emas kejohanan dunia pertamanya
Atlet Muay Thai muda Pulau Pinang, Muhammad Aliff Mohd Azizi berjaya merangkul dua pingat emas pada Kejohanan Muay Thai Dunia ke-16 di Bangkok.